السلام عليكم

Assalamualaikum..
Welcome to SyedZainAbhar's page...
Please leave your comments
I will reply it as soon as possible

Total Pageviews

Saturday 3 March 2012

melebur takabbur

sudah menjadi kebiasaan zaman ini apabila seseorang itu telah mempunyai master atau phd, dia akan mendabik dada lalu mengatakan sesuatu walaupun pada dasarnya dia bukanlah seseorang yang layak dalam perkara tersebut..  kadang2 tu baru saja menjadi lepasan sesebuah jami'ah, sudah menggelarkan dirinya ulama' muda or ulama' tua, pape jelah..

meneliti keadaan ini, keyboard ku terpanggil untuk mengupas sedikit sebanyak mengenainya.. ku teringat firman ALLAH S.W.T dalam surah Yusuf; وفوق كلّ ذي علم عليم  dalam ayat 76 yang bermaksud," dan atas setiap yg berilmu itu, adalah yang maha mengetahui".. dalam tafsir al-Qurthubi ada dinyatakan pendapat ibn abbas r.a mengenai ayat ini.. beliau mengatakan bahawa seseorang 'alim itu mendapat ilmunya dari seorang 'alim yang lain, begitulah seterusnya sehinggalah kepada yang maha 'alim iaitu ALLAH S.W.T.. menyedari hakikat ini, tidak sepatutnya seseorang yang menuntut ilmu untuk merasa megah dan berbangga dengan ilmu didada, bahkan tawadhu' kepada ALLAH S.W.T yang membawa kepada merendah diri ketika bersama orang2 Islam..

antara 'ulama yang disegani
resam padi sangat sesuai untuk dijadikan pedoman dalam hal ini.. seharusnya apabila seseorang itu semakin mengenali ALLAH S.W.T melalui mana2cabang ilmu, bukan sahaja ilmu agama, bahkan ilmu sains, ekonomi,  matematik juga dapat membuatkan seseorang itu mengingati ALLAH S.W.T, maka, seseorang yang telah menjadi pakar dalam mana2 bidang ilmu sewajarnya menjadi semakin rendah diri dan reti berbahasa dengan sesiapa sahaja, tidak kiralah orang itu lebih muda atau tidak mempunyai ilmu yang banyak.

kata imam syafie dalam sya'irnya, " setiap kali ku dididik oleh zaman, semakin ku kenal dangkalnya akalku, dan setiap kali bertambah ilmuku, semakin ku tahu kejahilanku".. walhal seperti yang kita semua maklum bahawa beliau merupakan salah seorang imam mazhab yang empat, mendapat pujian daripada ramai ulama' salaf dan khalaf.. seseorang telah berkata, apabila imam syafie bercakap mengenai bahasa arab, maka seakan2 dialah yang paling 'alim dengan bahasa arab, apabila beliau bercakap mengenai fiqh, seakan2 beliaulah yang paling 'alim dalam fiqh dan demikian juga dengan ilmu2 lain.. betapa hebatnya beliau, namun tidak sesekali mendabik dada mengaku sebagai ulama'.. beliau berkata," daku menyintai orang2 soleh, akan tetapi aku bukanlah dalam kalangan mereka"..

aku tertarik dengan  satu petua untuk mengelakkan takabbur iaitu dengan memberi salam serta bermanis muka dengan orang lain tak kira siapa pun mereka itu:
  1. apabila berjumpa dengan orang tua, ingatlah bahawa dia lebih banyak amalan daripada kita
  2. bila berjumpa dengan orang yang muda, ingatlah bahawa dosanya lebih sedikit berbanding kita
  3. bila berjumpa orang gila, ingatlah bahawa dia itu tiada hisab di sisi ALLAH
  4. bila berjumpa orang jahil, ingatlah bahawa dosa orang yang jahil itu lebih ringan apabila dibandingkan dengan dosa orang 'alim yang berbuat maksiat
kesimpulannya, carilah sebab untuk menghormati orang lain dan sentiasa bersangka baik dalam perkara yang boleh..

ceria-ceria selalu dan selamat berjuang!                                                              akan bersambung...

2 comments:

  1. syed...mmg cool...ikut resam padi ok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orait..semakin berisi semakin tunduk..hehe

      Delete