السلام عليكم

Assalamualaikum..
Welcome to SyedZainAbhar's page...
Please leave your comments
I will reply it as soon as possible

Total Pageviews

Sunday, 18 March 2012

Dirikanlah tiang agamamu wahai warga pendidik


Segala puji bagi ALLAH, atas pensyariatan solat yang merupakan tiang agama yang wajib dijaga oleh setiap orang yang melafazkan persaksian bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruhNya.. terlalu banyak suruhan ALLAH dalam al-Quran untuk menjaga solat, antaranya yang biasa kita baca,” dirikanlah solat dan tunaikan zakat serta ruku’lah bersama2 orang yang ruku’”[surah al-Baqarah].. selain itu, solat juga merupakan tiang agama seperti yang dinyatakan oleh baginda rasul s.a.w,” solat itu adalah tiang agama, barangsiapa yang mendirikannya maka dia telah mendirikan agama, barangsiapa yang meninggalkannya, maka dia telah meruntuhkan agama”[riwayat Muslim]..

Kefardhuan solat bukanlah sesuatu yang bersifat zhonni(boleh dibincangkan lagi/ daripada hadis yang ahad), bahkan ia merupakan satu kewajipan yang ditetapkan melalui sumber yang mutawatir( qot’ie).. sesiapa yang ingkar akan kefardhuan solat, maka dia telah kafir.. adapun bagi yang malas untuk melakukannya pula, perlulah dijatuhkan ta’zir oleh pemerintah supaya dia kembali melakukan solat.. perkara ini menjadi khilaf kebanyakan ulama’ mazhab yang empat.. oleh itu, solat bukanlah sekadar satu amalan biasa dalam islam, bahkan ia merupakan tembok yang memisahkan antara orang islam dan orang kafir.. kita tidak boleh mengatakan bahawa seseorang itu adalah islam ataupun kafir berdasarkan pemakaian atau perkara2 lain, tapi, solat ini boleh dijadikan kayu ukur kepada keislaman seseorang itu..

Kehidupanku yang banyak berlatarbelakangkan golongan pendidik membuka mata hatiku akan keadaan mereka yang mendidik, lalu ku membuat kontradiksi antara hasil didikan mereka dengan hasil didikan alim ulama’ yang terdahulu.. masyarakat felda di sekitarku juga kian hanyut diulit janji sekularisme yang menyebabkan mereka tidak cakna terhadap tuntutan2 agama.. apabila diteliti semula keperibadian golongan yang mendidik, aku mendapati satu kelompongan yang sangat besar, yang pastinya membawa kesan negative dalam kalangan masyarakat yang dididik.. apakah kelompongan yang besar itu??

Sudah pasti jawapannya sudah tertera di atas, iaitu kebanyakan mereka meninggalkan solat.. keyboard ku ini sesekali tidak menyentuh dan menegur mereka yang mendirikan solat secara tetap serta berjemaah di masjid, akan tetapi ia berkisar  tentang cikgu/guru/pendidik/pensyarah yang merupakan golongan yang sepatutnya menjadi contoh kepada masyarakat serta membawa mereka ke syurga ALLAH.. bukan sahaja mengajar anak murid anda tentang ABC atau 123, tetapi juga mampu membawa mereka lebih dekat dengan ALLAH  serta menanam taqwa dalam diri mereka.. perlu diingatkan bahawa mendirikan solat secara istiqamah dan berjemaah itu BUKAN HANYA untuk ustaz dan ustazah, bahkan ia adalah kewajipan semua, apatah lagi para guru yang setiap hari menguruskan peribadi murid serta mendidik mereka..

Kerjaya sebagai seorang guru adalah satu pekerjaan yang amat mulia dan dihormati  dalam kalangan masyarakat terutamanya masyarakat melayu, hal ini disebabkan oleh tanggungjawab yang dipikul bukanlah sedikit, bahkan masa depan Negara dan umat juga ditentukan oleh tangan2 pendidik ini.. jangan hanya jadikan pekerjaan guru ini hanya sebagai alat untuk mencari makan, atau sekadar untuk menunaikan hasrat ibu bapa yang inginkan anda supaya menjadi guru.. almaklumlah, zaman ini ramai sangat graduasi yang menjadi penganggur terhormat.. jadi, bidang2 pengajian yang boleh menjamin pekerjaan seperti guru inilah yang dikatakan boleh menjadi penyelamat masa depan pelajar universiti tidak kira di mana sahaja mereka berada.. oleh itu, mereka tidak menanamkan niat yang betul untuk menceburi bidang pendidikan, hadaf mereka hanyalah untuk mencari rezeki, sedangkan institusi perguruan itu terlalu mulia dan bernilai untuk diletakkan objektif yang sedemikian rupa..

Segalanya kembali kepada niat kita; adakah kita benar2 ikhlas untuk mendidik anak bangsa? Ataupun sekadar ingin mendapatkan pekerjaan sebagai seorang guru, supaya tidak menjadi penganggur atau sekadar seorang penoreh getah yang dianggap sebagai low-class.. ku hanya mampu tersenyum sinis jika ada yang mengatakan demikian; bahawa penoreh getah itu low-class , kerana apalah gunabya kerja sebagai seorang guru, pada masa yang sama, dia meninggalkan solat, apakah ini yang ingin diikuti para pelajar? Sesungguhnya penoreh getah yang solat itu sudah tentu lebih mulia di sisi ALLAH, berbanding seorang guru yang tidak solat..

Coretanku pada kali ini bukanlah untuk menghina mereka, tetapi sekadar untuk menyedarkan, agar kita bersama2 kembali kepada ALLAH dengan menunaikan kewajipan yang telah diberikan kepada kita sebagai hambaNya yang sentiasa memerlukanNya, di setiap tempat, disetiap waktu.. apabila kita ingin mendidik sesuatu itu, kita perlulah rapat dengan yang menciptakannya, dengan itu, pasti hasil didikan kita akan menjadi lebih berjaya.. rapatlah dengan khaliq, nescaya urusan2 untuk mendidik serta mentadbir makhluk akan dipermudahkan, insya ALLAH.. mudah2an, dengan keikhlasan niat warga pendidik, serta ketinggian usaha mereka yang bersandarkan kepada kekuatan hubungan mereka dengan ALLAH, akan membuahkan hasil yang sangat menakjubkan kepada Negara serta umat islam keseluruhannya.. wallahu a’lam..

No comments:

Post a Comment