baginda junjungan kita pernah bersabda yang bermaksud," sesiapa yang tidak mengambil berat tentang perihal umat islam, dia bukanlah dalam kalangan mereka".. hadis tersebut walaupun tidak kuat, tetapi maknanya adalah sohih berdasarkan syawahid dalam al-Quran dan al-Hadis.. dalam sepotong ayat al-Quran juga menerangkan bahawa orang Islam itu bersaudara, demikian juga hadis2 lain, yang antaranya mengenai perumpamaan orang mukmin dalam berkasih sayang dan banyak lagi atsar yang membuktikan kepada kita mengenai kewajipan untuk kita cakna terhadap isu yang melanda umat Islam tak kira di mana jua mereka berada..
bukalah laman2 web dan bacalah berita2 terkini mengenai saudara2 kita di sana, mudah-mudahan kita akan dapat merasai keperitan mereka yang dizalimi.. antara mereka itu ada yang kehilangan ibu, ayah, anak, isteri, adik beradik dan sahabat handai.. bayangkanlah sekiranya kita berada di tempat mereka.. angka yang dapat direkodkan sehingga akhir januari 2012, kira2 7000 orang awam terkorban oleh serangan tentera basyar..
rusuhan yang berlaku di syria |
basyar memancing undi |
- lubnan- 6,375 orang pelarian syria berdaftar.. semalam(4/3/2012) 2,000 orang lagi bertambah
- turki- 9,700 orang pelarian syria
- jordan- 3,000 orang pelarian syria
- libya- ribuan orang pelarian yang mendapat tempat perlindungan
kerajaan syria telah mengupah tentera upahan untuk menghentikan rusuhan yang berlaku di sana.. berdasarkan sumber yang boleh dipercayai, tentera yang enggan untuk melepaskan tembakan kepada perusuh, akan dihukum mati oleh pihak tentera..
sebagai muslim, kita perlulah cakna dan bersyukur dengan nikmat keamanan yang dapat kita kecapi selama ini..
insya ALLAH, entri selepas ini akan berkisar mengenai tanggungjawab kita terhadap isu Syria ini.. teruskan follow dan membaca blog saya (^_^)
ceria-ceria selalu dan selamat berjuang!
No comments:
Post a Comment