السلام عليكم

Assalamualaikum..
Welcome to SyedZainAbhar's page...
Please leave your comments
I will reply it as soon as possible

Total Pageviews

Saturday, 17 March 2012

bukan sekadar diet biasa..


Alhamdulillah, pada hari ini, aku sudah memulakan hidup baru sebagai seorang alumni apium di nilam puri.. ternyata perasaan rindu sudah mulai menusuk ke dalam benakku.. perjalanan yang ditempohi agak jauh; Kelantan ke negeri Sembilan kira2 500km, melalui jalan pantai dan muadzam shah.. banyak persinggahan dan banyak pula menjamu selera..

Sekembali ku ke rumah, terus sahaja ku mengambil alat penimbang berat dan menimbang berat.. seperti yang telah dijangka, beratku meningkat.. badanku  pun tidak berapa nak kurus.. J tambahan lagi setelah singgah untuk menjamu murtabak mengkasar di pecan, Pahang.. pastinya merupakan penyumbang untuk kenaikan berat(ayat xley bla)..

Azamku untuk cuti sebelum masuk ke universiti Malaya di kuala lumpur nanti, agar dapat menyiapkan sepenuhnya potensiku baik mental mahupun fizikal serta menjana sedikit pendapatan.. menyentuh soal diet atau pemakanan, aku melihat ia sebagai salah satu sunnah nabi yang jarang diamalkan umat baginda.. mungkin kerana mereka tidak menyedari perkara tersebut, sedangkan jika kita teliti semula, antaranya seperti yang terkandung dalam kitab asy-Syamail al-Muhammadiah yang menceritakan tentang setiap ciri2 nabi daripada sebesar2 perkara hinggalah sekecil2nya..

Imam at-Tirmizi menukilkan bahawa nabi s.a.w serta keluarganya tidak pernah kenyang dengan memakan gandum(roti).. walaupun baginda adalah seorang pemimpin, namun keadaan baginda tidak ubah seperti seorang hamba dalam bab2 duniawi.. dalam peperangan khandak, para sahabat terdengar bunyi geseran batu yang digunakan oleh baginda s.a.w untuk mengikat perut baginda.. mengenai pemakanan baginda pula, banyak dicatatkan dalam kitab2 perubatan ulama’ silam mengenai makanan yang biasa nabi amalkan.. antaranya adalah madu, al-habbatus sauda’, khal(cuka tamar), kismis dan kurma.. begitu banyak perincian tentang makanan2 tersebut..

Begitu juga bila kita lihat, nabi s.a.w akan makan apabila benar2 lapar dan akan berhenti sebelum kenyang.. hal ini amat berbeza dengan keadaan kita pada hari ini, selalunya kita makan apabila kita mahu dan berhenti apabila sudah tidak muat lagi perut untuk diisi.. barangkali kita terlupa bahawa seburuk2 perkara yang diisi adalah perut.. banyak sekali penyakit yang terhasil daripada cara pemakanan kita..

Kalau kita lihat sirah nabi s.a.w, baginda tidak pernah mendapat penyakit, penyakit baginda di akhir hayat pun sebenarnya berpunca daripada racun yang ditelan ketika makan daging kambing pemberian seorang wanita yahudi di khaibar.. namun, tidak sama sekali nabi s.a.w menghidapi penyakit yang berpunca daripada  pemakanan.. pada zaman ini, kita sangat terrkenal dengan 3 penyakit berantai iaitu; kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung.. kencing manis berpunca daripada pengambilan glukos yang berlebihan, darah tinggi pula berpunca daripada pengambilan garam yang tidak terkawal, adapun masalah jantung, ia disebabkan oleh kadar kolesterol yang sangat banyak begitu juga lemak yang berkumpul di blood vessel..

Oleh itu, bertitik tolak daripada perkara di atas, ku mendapati diet itu adalah satu perkara yang sangat perlu bukan sahaja bagi diriku, bahkan kepada umat islam seluruhnya.. bagaimana mungkin untuk kita mendapatkan kekuatan untuk mendirikan agama-Nya tanpa kecergasan fizikal.. sedangkan nabi juga bersabda,” mukmin yang kuat itu lebih disukai ALLAH berbanding mukmin yang lemah”..  ku sedar bahawa tanggungjawab khalifah memerlukan kepada peningkatan stamina; rohani dan jasmani.. ingatlah; DIET YANG SIHAT ITU ADALAH SUNNAH..

No comments:

Post a Comment