السلام عليكم

Assalamualaikum..
Welcome to SyedZainAbhar's page...
Please leave your comments
I will reply it as soon as possible

Total Pageviews

Sunday, 4 March 2012

mengubur takabbur..

Setelah penat memerah otak di dalam dewan peperiksaan untuk subjek kemahiran hadis, inilah masanya untuk istirahat mindaku.. menenangkan fikiran sambil meluahkan segala yang terbuku di benak fikiran.. petang ini ku tergerak hati untuk menyentuh kembali isu semalam mengenai perasaan takabbur dalam diri manusia yang menyangka bahawa mereka mempunyai suatu kelebihan berbanding orang lain, lalu dengan sebab itu, dia merasa hebat berbanding manusia lain..

aku menyorotkan ingatanku kepada satu ayat al-Quran dalam surah al-Kahfi iaitu surah yang menjadi amalan sunnah setiap hari jumaat, yang bermaksud,"katakanlah wahai Muhammad, mahukah kamu ku khabarkan siapakah dia yang paling rugi dalam beramal? iaitu orang2 yang sia2 usahanya di dunia ini lalu mereka menyangka bahawa mereka telah berbuat baik".. ayat ini walaupun merujuk kepada orang2 kafir, namun terdapat juga penafsiran yang merujuk kepada orang Islam yang beramal akan tetapi amalan mereka itu akhirnya tidak diterima di sisi ALLAH disebabkan tiadanya keikhlasan dalam membuat amalan tersebut.. tafsiran ini boleh dirujuk dalam kitab tafsir ibn al-Arabi..

wal'iyazu billah sidang pembaca sekalian, moga2 kita bukan dalam golongan tersebut yang berpenat lelah melakukan amalan di dunia, namun bila dibangkitkan di padang mahsyar nanti, dia melihat tiada satu pun hasil amalannya yang dapat dituai.. dan akhirnya dia menjadi dalam kalan mereka yang muflis.. bukankah itu merupakan satu penyesalan yang amat sangat?? namun penyesalan itu tidak berakhir di neraca mizan, setelah itu dia langsung tidak layak untuk memasuki syurga walaupun di dunia ini dia merupakan idola orang ramai atau seorang pemimpin yang berkarisma atau seorang pelajar 4.0.. :-)
ambil pengajaran daripada shin chan yang comel


dalam memerangi sesuatu, kita hendaklah ada pengetahuan tentang perkara tersebut.. jadi, dalam perkara ini, kita perlu mengetahui tentang  hakikat takabbur itu sendiri.. kalau kita pergi berjumpa doktor untuk berubat, pasti akan ditanyakan tentang symptom2(xtau btol x eja) penyakit, seterusnya barulah disusuli dengan perawatan(solusi)..

adakah anda salah seorang daripada golongan ini? jika ya, berwaspadalah..
  • suka memandang rendah kemampuan orang lain
  • mencari2 kelemahan manusia
  • cepat melenting apabila pendapat disanggah
  • tidak boleh melakukan kerja2 remeh seperti menyapu dll
  • gemar bergerak solo(dalam persatuan)
namun, bagi mereka yang memiliki sifat2 di atas, bukan bermaksud anda memang akan dicampakkan ke dalam neraka dan bukan juga bermaksud anda orang yang takabbur, ada masa lagi untuk memperbaiki diri, perbaiki sifat2 tersebut, insya ALLAH berjaya.. nabi bersabda; "jika berlaku kiamat, dan di tangan seseorang daripada kamu ada sebiji benih, maka tanamlah ia"..
jelas menunjukkan bahawa tiada istilah terlambat dalam Islam..

sekian, ceria-ceria selalu dan selamat berjuang!

2 comments: