السلام عليكم

Assalamualaikum..
Welcome to SyedZainAbhar's page...
Please leave your comments
I will reply it as soon as possible

Total Pageviews

Monday, 19 March 2012

Di manakah keadilan kita?


Dalam kehidupan kita ini, pastinya kita tidak lari daripada menghukumkan sesuatu perkara.. setiap perkara yang berlaku di sekitar kita, sudah tentu ada perkaitannya atau penetapan akan benar atau palsunya ia.. contohnya, apabila kita melihat cahaya matahari, kita sudah terfikir bahawa sinaran tersebut panas.. itulah hukum.. kita melabelkan sesuatu perkara itu dengan sifatnya..jadi, menetapkan sesuatu dengan satu sifat itu sebenarnya adalah satu lumrah kehidupan..demikianlah realitinya dalam kehidupan ini, mungkin saudara2 pernah mendengar satu kata2 yang agak masyhur iaitu,”kita adalah pendakwah, bukan penghukum”.. adapun apa yang ku taip ini bukanlah satu bidasan kepada kata2 seorang ulama’ tersebut, akan tetapi ku ingin mengajak saudara2 agar menyedari hakikat ini, benar, kita adalah pendakwah, setiap daripada kita adalah pendakwah, tetapi, akal kita sebenarnya secara automatik akan menetapkan pendirian dalam sesuatu perkara..

Apabila perkara tersebut sebenarnya sudah menjadi fitrah kita dalam hidup, iaitu menghakimi sesuatu perkara, maka perlu diingatkan bahawa terdapat beberapa panduan dalam agama kita sebelum kita meletakkan penilaian itu.. saudara pasti ingat akan kes yang agak terkenal di dalam negara kita mahupun di peringkat antarabangsa; kes liwat dato’ seri anwar ibrahim.. apakah pendapat saudara dalam perkara tersebut? Ku tidak melihat kes tersebut sebagai seorang pembangkang mahupun seorang penyokong pas, akan tetapi, aku menimbang kebenaran perkara tersebut sedalam2nya berdasarkan apa yang telah ditinggalkan untuk kita jadikan panduan; al-Quran dan as-Sunnah.. aku lihat banyak sekali manusia yang menjatuhkan hukuman sebelum hakim membuat keputusan, di wall2, juga di kedai2 kopi, tidak kurang juga di dalam masjid yang membicarakan soal tersebut, ada yang mengatakan bahawa beliau sama sekali tidak bersalah, ada juga yang mengatakan bahawa beliau bersalah.. persoalannya; adilkah kita?

Nabi s.a.w pernah bersabda, “aku tinggalkan kepada kamu dua perkara sekiranya kamu berpegang kepada keduanya nescaya kamu tidak akan sesat selamanya; kitabuLLAH dan sunnahku”. Oleh itu, seharusnya kita mengabil iktibar bahawa dalam soal2 seperti itu, perlulah kita merujuk al-Quran dan as-Sunnah.. barangkali ramai yang sudah lupa tentang hukuman qazaf yang juga merupakan salah satu hukuman hudud dalam al-Quran, dek kerana negara kita tidak mengamalkan undang2 Islam, namun yang ironinya, negara kita ini berani sekali mendabik dada lalu mengatakan,” aku negara ISLAM”.. dalam hukuman qazaf, jika pihak yang mendakwa gagal mengemukakan bukti yang kukuh dalam mentsabitkan pertuduhan zina kepada pihak yang tertuduh, manakala pihak yang tertuduh pula merupakan orang yang muhson(yang suci, belum pernah ada kes yang tsabit bahawa dia pernah berzina), maka yang menuduh akan dikenakan sebatan 80 kali.. demikian yang terkandung di dalam al-Quran, surah an-Nur.. dan terbukti bahawa pihak yang mendakwa gagal mengemukakan  bukti yang dapat diterima syara’(4 orang saksi yang ‘adil), bukti tersebut bukanlah berupa sumpah(al-yamin) ataupun video yang boleh diedit pihak tertentu, tetapi dia perlu mengemukakan 4 orang saksi yang ‘adil iaitu bukan orang2 yang fasiq..

Ku ingin bertanya saudara sidang pembaca sekalian, berapa ramai dalam kalangan kita telah menetapkan bahawa beliau adalah seorang pesalah? Sedangkan implikasi daripada perkara tersebut bukanlah ringan.. ku bukannya mahu menyebelahi pembangkang, akan tetapi, aku melihat dari kacamata seorang muslim yang asas pegangannya adalah kalamuLLAH dan as-Sunnah.. apabila pihak pendakwa gagal mengemukakan bukti kukuh, maka implikasinya amat besar, demikian juga bagi orang2 yang sudah terlebih dahulu menjatuhkan hukuman yang terdiri daripada orang awam.. pada zaman nabi, kisah saidatina aisyah sangat terkenal dalam kes ini, tatkala beliau difitnah melakukan zina dengan safwan bin al-mu’atthol.. fitnah tersebut sangat meluas sehingga sebahagian sahabat memperakui perkara tersebut.. sehingga nabi s.a.w sendiri berbelah bagi untuk mempercayai saidatina aisyah, sampailah turunnya wahyu yang membebaskan saidatina aisyah daripada pertuduhan tersebut.. lalu, 4 orang sahabat diperintahkan supaya dikenakan had qazaf.. demikianlah Islam menjaga serta memelihara kehormatan seseorang.. bukan boleh ditsabitkan melalui video atau perakuan doktor, tetapi hanya boleh ditetapkan melalui persaksian 4 orang saksi yang ‘adil.. apabila kita mempercayai pertuduhan yang sedemikian rupa, tanpa bukti yang kukuh, lalu kita menyebarkan pula perkara tersebut kepada orang lain, ketahuilah pada ketika itu, keadilan kita sudah terlerai dan kita sudah dikira sebagai seorang yang fasiq.. seorang yang fasiq itu tidak boleh menjadi wali kepada anaknya yang perempuan untuk menikahkannya, kalau tetap jadi juga, maka dikhuatiri pernikahan tersebut tidak sah.. seterusnya, dia tidak boleh menjadi saksi untuk sesuatu perkara.. kalau ada perkara yang memerlukan persaksian, maka dia tidak layak dijadikan saksi..

Lantas, pasti ada yang bertanya, lalu, sampai bilakah akan ditsabitkan pertuduhan zina kalau begitu ketat sekali syarat pentsabitan? Seperti yang telah ku nyatakan pada awal tadi, memang kita tidak lepas daripada menghukumkan sesuatu, akan tetapi kita mesti letakkan beberapa garis panduan untuk mengetahui duduknya sesuatu perkara itu.. adakah dengan hanya membuat video, kita sewenang2nya menjatuhkan hukuman? Atau, adakah sememangnya kita perlu mentsabitkan hukuman tanpa mengira bukti? Yakinilah bahawa Islam itu satu2 nya penyelesaian kepada segala perkara yang berlaku.. ALLAH itu maha ‘adil, Dia tidak menjadikan maruah seseorang itu sebagai satu perkara yang sama dengan  harta mahupun akal.. cara pentsabitannya digubal oleh ALLAH sendiri agar maruah kita terpelihara.. sekiranya memang benarlah seseorang itu melakukan penzinaan, bukankah kita ada akhirat yang menjadi tempat penyelesaian segala perkara? Sekecil2 perkara hingga sebesar2nya, yang tersenbunyi mahupun yang zahir.. maka tidak perlulah kita mengutuk seseorang itu atas sesuatu yang tidak ditsabitkan melalui syara’..

Seseorang itu tidak dikira bersalah sehinggalah dia dibuktikan bersalah.. itulah prinsip keadilan yang telah didokong oleh agama Islam sejak zaman nabi s.a.w lagi.. masyarakat kita pada zaman ini sudah sangat terpesong daripada prinsip keadilan ini.. media massa pula sekan2 menjadi penghasut minda rakyat.. kita tidak mahu media massa kita seperti abdullah bin ubay bin salul pada zaman nabi yang bertindak sebagai agen penghasut umat Islam, menyebarkan khabar2 angin yang tidak dipastikan kebenarannya, bahkan lebih teruk lagi, sudah menghukum sebelum dijatuhkan hukuman.. sedarlah peranan masing2, kita bukan hakim untuk menetapkan sesuatu perkara, tetapi, pastikan penilaian kita itu selari dengan nas, lalu bagaimana pula mereka yang tidak mengerti al-Quran dan al-Hadith? rasuluLLAH pernah bersabda,” hakim itu ada 3, 2 daripadanya di dalam neraka, 1 di dalam syurga, hakim yang mengetahui kebenaran, lalu berhukum dengannya, dia masuk syurga, hakim yang mengetahui kebenaran, akan tetapi dia tidak berhukum dengannya dan zalim dalam hukumannya, maka dia masuk neraka, hakim yang tidak mengetahui kebenaran, lalu dia menghukum manusia atas kejahilannya, maka dia masuk neraka”.. oleh itu, mengetahui hal ehwal serta ilmu tentang perkara tersebut adalah satu syarat sebelum menetapkan hukumnya.. demikianlah pendirian kita terhadap isu2 lain, tidak kira siapa pun yang tertuduh, kawan mahupun lawan, pastikan kita sudah menetapkannya menurut neraca keadilan yang bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah, firman ALLAH dalam surah al-Maidah,” dan janganlah kebencianmu kepada sesuatu kaum itu menghalangmu daripada berlaku ‘adil, berlakulah ‘adil sekalipun dalam kalangan kerabatmu
‘berlaku adil itu hampir kepada ketaqwaan’

No comments:

Post a Comment