السلام عليكم

Assalamualaikum..
Welcome to SyedZainAbhar's page...
Please leave your comments
I will reply it as soon as possible

Total Pageviews

Thursday, 15 March 2012

selamat tinggal nilam puri..

pertemuan dan perpisahan itu adalah satu lumrah kehidupan.. lahirnya manusia itu ke dunia merupakan satu permulaan kepada proses itu.. proses itu berterusan sedari lahirnya insan sehingga dia berpisah daripada dunia yang sementara ini.. oleh itu nabi berpesan agar proses perpisahan itu tidak terlalu menyakitkan supaya kita mengambil apa yang perlu sahaja untuk survival kita di dunia dan mengutamakan akhirat dalam setiap perkara.. nabi bersabda,"perumpamaan dunia itu dengan diriku seperti musafir yang singgah berteduh di bawah sepohon pokok".. apa yang penting, letakkan lah dunia itu sekadar di tangan,  manakala akhirat itu tanggunglah di atas kepalamu, tatkala tercetus pertembungan antara keduanya, buanglah dunia, jagalah akhiratmu..

kehidupanku di nilam puri, kelantan sangat bererti buatku.. dahulu, aku pernah menjejakkan kaki ke maahad stam, gemencheh yang berhampiran dengan rumahku.. namun, atas kehendakNya jua dengan sebab keinginan kedua ibu bapaku, kakiku melangkah lebih jauh, terus ke bumi serambi mekah, yang sangat mekar dengan tarbiyahnya bagi yang mencari.. aku telah berpisah daripada maahad stam tersebut yang banyak ilmu ku perolehi daripadanya, dan bertemu nilam puri yang mempunyai keistimewaannya tersendiri.. ALLAH.. sungguh berat sebuah perpisahan itu buatku.. aku tidak gagah untuk menahan air mata perpisahanku..

bumi nilam puri ini sangat sinonim kepada pentarbiyahan, segalanya dalam suasana yang terkawal, persis sebuah madrasah agama bahkan lebih lagi.. semasa minggu haluan siswa lagi, ku didedahkan dengan pelbagai jenis pentarbiyahan.. antara yang sangat ditekankan adalah  pergaulan antara lelaki dan perempuan, serta memelihara persekitaran yang islamik di sini.. teringat lagi saudara ydp mpp pada masa itu yang begitu bersemangat sekali ketika mengajak sahabat-sahabat baru ku untuk merasakan ruh perjuangan dalam diri masing2.. ketika itu, hanya ada beberapa orang sahaja yang ku kenal.. mereka itu adalah sahabat2ku daripada sekolah menengah lagi.. manakala sahabat yang lain semuanya tidak ku kenal, muka2 yang asing buatku.. tetapi, semangatku sangat tinggi untuk mengenali mereka semua dengan lebih mendalam.. sungguh, ku menganggap setiap muslim itu sebagai saudaraku.. moga2 ramai lagi yang sepertiku..

alhamduliLLAH, tiada perkara yang menjadi penghalang kepadaku untuk terus belajar di sini, mereka semua seperti saudara-maraku.. kadang2, kami akan pergi program bersama, banyak juga mukhayyam yang dianjurkan di nilam puri.. benarlah telahanku pada awal kedatanganku ke sini, bahawa bumi ini subur dengan tarbiyah islamiyah.. antaranya program prostar dan rest serta banyak lagi yang tidak dapat ku ingati namanya.. ada perkara2 yang mencuit hatiku sehingga kini.. antaranya ketika program prostar, tatkala para fasi cuba untuk memprovok kami, dengan cara mengangkat kerusi di atas kepala.. aku tergelak dalam hatiku.. begitu juga teman2 seangkatanku yang lain.. seperti biasa, apabila melibatkan hati dan perasaan ini, pastinya muslimat lebih cepat terasa.. mereka semua menggesa kami untuk memujuk para fasi.. seingatku, pada ketika itu, kami diketuai oleh ketua batch kami sekarang ini iaitu saudara muaz fadhil.. manakala pihak muslimat pula diketuai oleh saudari sobirah fuzi..

mana aktiviti bahasa arab???  segala puji bagi ALLAH, sebagai seorang yang sangat cintakan bahasa arab, kepuasanku amatlah terjamin di sini.. tenaga pengajar yang sangat pakar dalam bidang bahasa arab tidak jemu2 mengajar kami.. antaranya, ustaz abduLLAH, ustazah wan rohani, ustazah tsuraya, ustaz khairul akhbar, ustaz zamri dan dr. taufiq bedj bedj.. semasa aku pertama kali menginjakkan kaki di sini, ku dengar banyak sekali senior dan tenaga pengajar yang memuji ustaz abduLLAH yang dikatakan sangat mahir dalam bahasa arab bahkan beliau sendiri pernah mengajar orang2 arab ketika pengajiannya di kuwait.. pertama kali ku menemui beliau, aku berasa sangat teruja dan kagum terhadap beliau akan kefasihan bahasa arab beliau yang hampir2 tiada kesalahan nahu, aku menyapa beliau menggunakan bahasa arab, antara pesanan beliau yang sangat ku ingati adalah agar aku banyak membaca dan mengelakkan penggunaan kamus melayu-arab dab arab-melayu.. selain itu, beliau juga berkata bahawa beliau sangat menyintai bahasa arab dan menyintai sesiapa yang menyintai bahasa arab..

persembahan majmuahku..

sahabat karibku..
program bahasa arab yang pastinya sangat diingati adalah tidak lain dan tidak bukan; thobur mingguan.. kaedahnya seakan2 speaker corner di kl.. itulah pada permulaannya iaitu pada sem2 aku berada di sini.. pelajar2 diminta berkumpul pada setiap hari rabu.. lalu akan dibuat cabutan nama pelajar yang akan diminta untuk ke depan untuk bercakap dalam bahasa arab.. namun kaedah itu barangkali dirasakan kurang sesuai dan faedahnya agak terbatas, pada sem3, telah diubah pendekatannya dengan penglibatan satu majmuah(kelas) dalam setiap thobur, sama ada untuk membuat persembahan pentas ataupun pidato majmuah..

kini, aku bukan lagi pelajar asasi.. aku adalah alumni apium nilam puri.. pasti aku akan merindui semua perkara tersebut.. hari ini merupakan hari terakhirku di sini.. di bumi nilam puri yang akan ku lawati pada masa yang mendatang.. tapi apa yang pasti, pada ketika itu, pelajarnya bukan lah pelajar sekarang ni.. mungkin pada masa itu, ramai insan yang ku kenal sudah tiada lagi.. para ustaz dan ustazah.. teman2 seperjuanganku juga dengan haluan masing2.. tidak sama lagi dengan apium nilam puri yang sekarang ini.. semoga kita bertemu di syurga nanti wahai sahabatku.. permintaanku hanyalah satu, agar kalian terus berjuang untuk menempah tiket ke syurga ALLAH, moga2 di sana kita berjumpa lagi.. insya ALLAH..

ceria-ceria selalu dan selamat berjuang!

2 comments:

  1. aku doakan ko bahagia disamping keluarga dlm cuti yg panjg ni.....sedih nye aku rase perpisahan ni....tq atas lagu kegemaran aku kt blog ko ni....pape pon aku sekali lagi memohon ampun dan maaf dlm segala perkara yg tidak menyenangkan ko sepanjg perkenalan kite di bumi tarbiah nilam puri....sunyi je ak rse skrg coz x de dgr gurauan n lawak dr ko........klo x,x kering gusi aku dok ngn ko.....k,manfaatkan cuti ni....klo de pape hal contact ak......n.9 n bangi x lah jauh sgt cm kelantan....k salam persahabatn... :-) Ewan&Syed

    ReplyDelete
  2. aku pon doakan ko yang terbaik ea.. smoge kte berjumpe lg di waktu yg mendatang.. insya ALLAH.. jge diri bek2.. xdpt lak aku jmpe ko pg td, coz ktorg tros btolak ke kuantan mlm td.. :)

    ReplyDelete