السلام عليكم

Assalamualaikum..
Welcome to SyedZainAbhar's page...
Please leave your comments
I will reply it as soon as possible

Total Pageviews

Thursday, 15 March 2012

pesanan terakhir kekasih ALLAH..

 segala puji bagi ALLAH, Dia lah yang mempunyai 'alam serta mentadbirnya, bagiNya sahaja taufiq dan hidayah.. mudah2an kita mendapat hidayah ke jalanNya yang lurus.. pada hari ini telah berakhirlah kehidupanku sebagai seorang pelajar asasi apium di nilam puri, kelantan.. sungguh tidak tertahan sebak di dada apabila berlangsungnya majlis perpisahan(wida') yang bertempat di dewan Johor pada pagi tadi.. semoga kita semua terus tsabat di jalanNya pada bila2 masa dan ketika..


kenanganku pastinya banyak di nilam puri ini, bumi tarbiyah yang mekar dengan siraman didikan-didikan keagamaan zaman berzaman.. air mata yang mencurah-curah pastinya akan menjadi saksi ukhuwah yang terjalin antara kami semua yang akan ke kl pada bulan 9 nanti.. aku teringat sewaktu berada di dalam kereta bersendirian, dalam perjalanan ke seremban, kebetulan pula hari itu merupakan hari 'arafah.. suara dj ikim fm jelas kedengaran menerusi corong radio kereta, membacakan satu ucapan yang menggegar jiwa, satu ucapan yang mampu menggoncang dunia, satu ucapan daripada seorang insan mulia yang akan berpisah dari dunia untuk bertemu TEMAN YANG TERTINGGI..

أيها الناس اسمعوا قولي، فإني لا أدري لعلي لا ألقاكم بعد عامي هذا بهذا الموقف أبدا، أيها الناس إن دماءكم وأموالكم عليكم حرام إلى أن تلقوا ربكم كحرمة يومكم هذا، وكحرمة شهركم هذا، وإنكم ستلقون ربكم فيسألكم عن أعمالكم وقد بلغت، فمن كان عنده أمانة فليؤدها إلى من ائتمنه عليها، وإن كل ربا موضوع ولكن لكم رءوس أموالكم لا تظلمون ولا تظلمون. قضى الله أنه لا ربا، وإن ربا عباس بن عبد المطلب موضوع كله وأن كل دم كان في الجاهلية موضوع وإن أول دمائكم أضع دم ابن ربيعة بن الحارث بن عبد المطلب، وكان مسترضعا في بني ليث فقتلته هذيل فهو أول ما أبدأ به من دماء الجاهلية

wahai manusia, dengarlah kata-kataku, sesungguhnya aku tidak tahu apakah aku akan berjumpa kalian selepas tahun ini dan di tempat ini.. wahai manusia, sesungguhnya darah-darah dan harta-harta kamu adalah haram ke atas kamu sehingga kamu berjumpa tuhanmu, seperti haramnya hari ini, dan seperti haramnya bulan ini.. sesungguhnya kamu pasti akan bertemu tuhanmu maka dia akan bertanya kepadamu tentang amalanmu dan aku telah menyampaikan.. maka sesiapa yang ada memikul amanah hendaklah dia serahkannya kepada yang dipercayai untuk memikulnya.. dan sesungguhnya setiap riba itu adalah terbatal, akan tetapi harus bagimu mengambil sekadar modalmu, kamu tidak menzalimi serta dizalimi.. ALLAH telah menetapkan tiada riba dan sesungguhnya riba abbas bin abdul muttalib telah terbatal seluruhnya dan bahawasanya setiap hutang darah ketika jahiliah juga telah terbatal.. dan sesungguhnya hutang darah pertama yang aku batalkan adalah darah ibn rabi'ah bin al-harith bin abdul muttalib yang merupakan saudara susuan kepada bani laits dan telah dibunuh oleh suku huzail, maka darah itu yang aku mulakan pembatalannya..

أما بعد أيها الناس فإن الشيطان قد يئس من أن يعبد بأرضكم هذه أبدا، ولكنه إن يطع فيما سوى ذلك فقد رضي به بما تحقرون من أعمالكم فاحذروه على دينكم أيها الناس إن النسيء زيادة في الكفر يضل به الذين كفروا، يحلونه عاما ويحرمونه عاما، ليواطئوا عدة ما حرم الله فيحلوا ما حرم الله ويحرموا ما أحل الله. إن الزمان قد استدار كهيئته يوم خلق الله السموات والأرض وإن عدة الشهور عند الله اثنا عشر شهرا، منها أربعة حرم ثلاثة متوالية ورجب مضر، الذي بين جمادى وشعبان.
adapun setelah itu, wahai manusia, maka sesungguhnya syaitan itu telah berputus asa daripada disembah di bumimu ini selama-lamanya, akan tetapi sekiranya ia ditaati dalam perkara selain itu pun ia telah berpuas hati dengan apa yang menyebabkan kamu hina daripada amalan kamu maka berhati-hatilah terhadap syaitan di dalam urusan agamamu.. wahai manusia, sesungguhnya penangguhan( menangguhkan bulan haram ke bulan yang lain) adalah satu penambahan kepada kekufuran yang menyesatkan lagi orang-orang kafir, mereka menghalalkan setahun dan mengharamkan setahun yang lain, bertujuan untuk mencabuli tempoh yang telah ALLAH haramkan, maka mereka menghalalkan apa yang telah ALLAH haramkan dan mereka mengharamkan apa yang telah ALLAH halalkan.. sesungguhnya zaman itu telah beredar seperti keadaannya ketika hari ALLAH menciptakan langit dan bumi.. dan sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH itu adalah 12 bulan, dalamnya terdapat 4 bulan haram, 3 yang berturutan (syawal, zul qaidah dan zul hijjah), dan 1 yang berasingan iaitu rejab,yang terletak antara jumadil akhir dan sya'ban..

أما بعد أيها الناس، فإن لكم على نسائكم حقا، ولهن عليكم حقا، لكم عليهن أن لا يوطئن فرشكم أحدا تكرهونه وعليهن أن لا يأتين بفاحشة مبينة فإن فعلن فإن الله قد أذن لكم أن تهجروهن في المضاجع وتضربوهن ضربا غير مبرح فإن انتهين فلهن رزقهن وكسوتهن بالمعروف واستوصوا بالنساء خيرا، فإنهن عندكم عوان لا يملكن لأنفسهن شيئا، وإنكم إنما أخذتموهن بأمانة الله واستحللتم فروجهن بكلمات الله

adapun selepas itu, wahai manusia, maka sesungguhnya bagi kamu ke atas isteri-isterimu hak, dan bagi mereka juga hak ke atas kamu..hak kamu ke atas isteri adalah supaya tiada seorang pun yang kamu benci, masuk ke rumahmu, dan mereka juga tidak boleh melakukan zina, maka sekiranya mereka buat, sesungguhnya ALLAH telah mengizinkanmu untuk memulaukan mereka dari tempat tidur dan memukul mereka dengan pukulan yang tidak mencederakan, maka sekiranya mereka berhenti, maka mereka berhak mendapat nafkah mereka serta pakaian mereka yang baik.. dan berbuatlah kebaikan terhadap wanita, maka sesungguhnya mereka itu berada di sisi kamu pada pertengahan umurnya, mereka tidak memiliki apa-apa pun, dan sesungguhnya kamu mengahwini mereka dengan amanah ALLAH dan mereka itu halal bagi kamu, maka hiasilah mereka dengan kalimah-kalimah ALLAH( didikan agama)..

فاعقلوا أيها الناس قولي، فإني قد بلغت، وقد تركت فيكم ما إن اعتصمتم به فلن تضلوا أبدا، أمرا بينا، كتاب الله وسنة نبيه. أيها الناس اسمعوا قولي واعقلوه اعلموا أن كل مسلم أخ للمسلم وأن المسلمين إخوة فلا يحل لامرئ من أخيه إلا ما أعطاه عن طيب نفس منه فلا تظلموا أنفسكم اللهم هل بلغت ؟ قالوا : اللهم نعم فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم " اللهم ا شهد
maka fikirlah wahai manusia akan kata-kataku, maka sesungguhnya aku telah menyampaikan.. dan sesungguhnya aku telah tinggalkan kepadamu perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dengannya nescaya kamu tidak akan sesat selamanya; kitabuLLAH dan sunnah rasulNya.. wahai manusia, dengarlah kata-kataku dan fikirkanlah.. ketahuilah bahawa setiap orang islam itu adalah saudara orang islam yang lain, dan bahawa orang-orang islam itu semuanya bersaudara, maka tidak halal bagi seseorang itu hak orang lain melainkan apa yang telah diberikan daripada kerelaan hati, maka janganlah kamu menzalimi diri sendiri.. ya ALLAH, apakah daku telah menyampaikan? mereka berkata: ya ALLAH, dia telah menyampaikan.. maka nabi bersabda: ya ALLAH, saksikanlah..

 
لو كان بيننا الحبيـب *** لدنى القاصي والقريب
من طيبة قبل المغيب *** طالبا قرب الحبيـب
بقربه النفس تطيــب *** ولتدعـو الله فيجيـب
أنوار طـه لا تغيـب *** بلغنا لقـاه يامجيـب
فدتك روحي ياحبيب *** محمد مكرمَ الغريـب
بقربك الروح تطيـب *** يارحمـة للعالمـيـن

air mataku tak tertahan dek rindu yang amat mendalam kepada rasuluLLAH yang amat menyayangi umatnya.. rasuluLLAH mewasiatkan satu perkara yang akan menjalinkan pertautan mahabbah antara hati-hati yang disatukan atas dasar cintaNya.. betapa cintanya baginda terhadap kita.. sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan islam supaya sampai kepada kita pada hari ini.. ya ALLAH, ku meminta kepadaMu akan cintaMu, cinta orang yang menyintaiMu, dan cinta kepada amalan-amalan yang akan membawaku kepadaMu.. dan jadikanlah cintaMu itu sebagai perkara yang paling daku cintai..

YA RASULALLAH, I LOVE YOU SO MUCH..


No comments:

Post a Comment