Setelah lama ku
tidak meng’update’ blog kerana disibukkan dengan pelbagai urusan, bak kata ulama’, ilmu tanpa amal ibarat pohon
tidak berbuah, setiap malam ku mengajar anak-anak warga pendidik serta
sebilangan kakitangan yag tinggal di sini termasuk sepasang suami isteri yang
turut meminta supaya diajarkan al-Quran kepada mereka agar dapat memperelok
bacaan mereka.. pada waktu senggang, ku menghabiskan masa untuk membaca buku
dan kitab agama sebagai makan bagi mindaku yang cepat benar haus akan ilmu..
antara bahan yang menjadi teman bilik tidurku adalah Pengembaraan Ibn Battutah
terbitan MPH Bookstore.. tidak rugi mak ku membeli buku yang tebalnya hampir
1000m/s.. apa yang tertulis pada tajuk itu merupakan salah satu kisah yang
termuat di dalam buku ini yang akan ku kongsikan bersama..
Dihikayatkan
bahawa pada suatu hari, Adham berjalan di kebun-kebun kota Bukhara dan
berwudhu’ di sungai yang merentasi kebun-kebun tersebut. Tiba-tiba ada sebiji
epal yang hanyut dibawa oleh arus sungai. Adham pun berkata,”Buah ini tiada
nilainya” Beliau pun memakannya. Kemudian timbul pula rasa was-was di hatinya
dan beliau nekad untuk memohon agar tuan kebun menghalakannya. Adham pun
mengetuk pintu pagar kebun dan seorang jariah keluar lalu beliau berkata
kepadanya,”Tolong panggilkan tuan rumah”. Jariah itu menjawab,”Dia seorang
wanita”. Adham menjawab,”Mohonkan keizinannya agar aku dapat berjumpa
dengannya”. Jariah tersebut melakukan apa yang dipinta oleh Adham, lalu Adham
memberitahu kepada wanita tersebut mengenai perihal epal tadi. Wanita tersebut
berkata,”Sesungguhnya kebun ini separuh milikku dan separuh lagi milik sultan”.
Pada waktu itu, sultan pula berada di Balkh(kota yang paling baik dan masyhur
di Khurasan) iaitu dalam jarak sejauh perjalanan selama sepuluh hari dari
Bukhara> wanita tersebut menghalalkan separuh epal yang dimakan itu dan kemudian
Adham pergi ke Balkh. Dalam perjalanannya, Adham bertemu dengan sultan. Beliau
pun menceritakan kisah epal itu kepada baginda dan meminta supaya dihalalkan.
Walau bagaimanapun, sultan menitahkan Adham supaya menghadap baginda pada
keesokan harinya.
Pada waktu itu,
sultan mempunyai seorang puteri yang sangat cantik dan ramai putera raja lain
telah melamarnya namun dia enggan menerimanya. Dia sangat mengasihi orang-orang
yang soleh lagi wara’. Oleh itu, beliau hanya mahu berkahwin dengan seseorang
yang wara’ lagi zuhud terhadap dunia ini. Apabila sultan tersebut tiba ke
istananya, baginda memberitahu puterinya akan perihal Adham. Baginda
berkata,”Beta tidak pernah melihat seseorang yang lebih wara’ daripadanya. Dia
datang dari Bukhara ke Balkh semata-mata kerana sebiji epal”. Puterinya itu
tertarik dengan Adham, dan meminta ayahandanya untuk mengahwinkannya dengan
Adham. Lalu sultan tersebut memanggil Adham untuk menghadap baginda. Baginda
bertitah,” Beta tidak akan halalkan epal tersebut selagi engkau tidak mengahwini
puteriku”. Adham akur dengan permintaan sultan itu lalu berkahwin dengan puteri
sultan.
Pada malam
pertama, Adham tidak menyentuh pun isterinya, bahkan terus menerus melakukan qiyamullail
sehingga subuh. Isterinya mengadu kepada sultan bahawa Adham langsung tidak
menyentuhnya apatah lagi melakukan persetubuhan. Lantas sultan memanggil Adham
dan memberitahu beliau bahawa baginda tidak akan menghalalkan epal itu
sehinggalah Adham bersetubuh bersama isterinya. Oleh itu, pada malam
berikutnya, Adham pun berjima’ dengan isterinya sebagai memenuhi permintaan
sultan. Selepas berlakunya proses persenyawaan, Adham pun terus melakukan qiyamullail,
sehinggalah pada sujud yang terakhir, Adham menangis teresak-esak sehingga
beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Bagaimanapun, persetubuhannya pada
malam itu berhasil mendapatkan zuriat yang soleh lagi wara’ serta dikenali para
ulama’ dan orang-orang soleh; iaitu Ibrahim bin Adham..
p/s; letakkan
dunia di tangan dan akhirat itu di kepala, apabila bercanggah antara keduanya,
selamatkanlah akhirat itu... J
No comments:
Post a Comment