السلام عليكم

Assalamualaikum..
Welcome to SyedZainAbhar's page...
Please leave your comments
I will reply it as soon as possible

Total Pageviews

Saturday 3 March 2012

detik-detik terakhirku di Nilam Puri...

Alhamdulillah, setelah lama ku tidak meng'update' blog, dek kerana kesibukan yang menjengah, akhirnya telah sampai di sem 4 di Akademi Pengajian Islam UM Nilam Puri. Sem ini adalah sem yang terakhir buatku dan teman2(bagi yang xextend) (^_^)

banyak juga kenangan sepanjang pengajianku di negeri serambi mekah ni...
sahabat2 sekelasku...

menyorot pandangan ku ke kisah2 suka & duka pastinya akan membuatkanku menjadi seperti orang gila yang berfantasi seorang diri. tak terkira imbauan lampau yang mencuit hati kerana diriku bukanlah seperti seorang ulat buku mahupun ulat bulu.. apa yang pasti, aku merasa sangat bertuah kerana dapat menimba ilmu di sebuah pusat pengajian yang tersohor di malaysia..

jarak dari institusi ini dengan kota bharu hanyalah sekitar 10km, tidak hairanlah jika pelajar di sini acapkali outing ke sana.. tempat2 seperti KB Mall, Tesco, Jaafar Rawas dan banyak lagi bukanlah sesuatu yang asing bagi kami di sini.. kuliah mingguan di dataran ilmu juga tidak sesekali akan dilupakan.. diriku merasa amat kagum dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang amat beriltizam dalam menyampaikan ilmu agama khasnya ilmu tafsir al-Quran.. sebagai seorang pelajar agama, aku menilai beliau daripada sudut pandang agama dan aku melihat kesungguhan beliau terhadap ilmu, walaupun sudah memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri..

suasana pembelajaran di nilam puri ku kira sangat membantu para pelajar untuk tarkiz dalam pelajaran di samping islah diri mereka untuk menjadi tokoh2 agama di masa yang mendatang.. pelajar di sini rata2nya berlatabelakangkan pendidikan agama yang datang dari segenap tempat di seluruh malaysia.. sahabat sekelasku sendiri berbeza2 tempat asal, ada dalam kalangan mereka yang datang dari melaka, pahang, perak, kelantan dan kedah, aku sendiri datang dari negeri yang terdapat 9 negeri di dalamnya suatu ketika dahulu.. :) namun demikian, tidak terdapat budaya asabiyah dalam kalangan mereka.. hal ini disebabkan oleh kefahaman mereka terhadap tujuan mereka datang ke sini.. dalam Islam sendiri tidak membenarkan semangat perkauman dalam diri seorang muslim.. sesungguhnya orang2 Islam itu bersaudara..

sebelum mengakhiri coretan pada kali ini, terlebih dahulu aku ingin berpesan kepada semua khasnya kepada sahabat2 seperjuangan agar:
الراجي لعفو الله المرجوّ عفوه
  1. saling menasihati untuk terus dekat kepadaNya
  2. keep in touch walaupun dah berada di KL nanti
  3. berjuang dengan kefahaman dan bukan semata2 semangat
  4. sentiasa menuntut ilmu, bukan hanya di dalam bilik kuliah
  5.  perbaiki diri dan berdakwah kepada yang lain
ceria-ceria selalu dan selamat berjuang!

2 comments:

  1. mmg sesuailah lagu dgn apa yg ko citekan...touching kowt....bleh nangis aku tau....pape pon terbaekk...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..thanx la ea.. neway, credit 2 someone 4 that song..

      Delete