السلام عليكم

Assalamualaikum..
Welcome to SyedZainAbhar's page...
Please leave your comments
I will reply it as soon as possible

Total Pageviews

Friday 24 June 2011

Sejenak bersama Al-Imam An-Nawawi:Pedoman n Iktibar

Beliau adalah seorang imam yang al-hafiz(hafaz tak kurang daripada 100,000 hadis).Nama penuhnya,Yahya bin Syaraf bin Mari bin Hasan bin Husain bin Muhammad bin Jumu'ah bin Jaram An-Nawawi.Dilahirkan pada awal bulan Muharram tahun 631H di Nawa,Damsyiq.

Al-Imam adalah role model bagi penuntut ilmu yg telah menimba ilmu bermula pada usia yang muda.Kanak-kanak yg seumur dgnnya tidak suka untuk bermain bersamanya.Beliau berpaling daripada mereka kerana ke'gila'annya dalam penghafalan al-Quran dan pelajaran.

Ibu bapanya menyuruh al-Imam untuk menjaga kedai di pasar,tetapi beliau sangat menyibukkan diri dengan ilmu dan tidak mengambil berat tentang perniagaan.Kadang-kadang apabila datang kepadanya orang yang berminat untuk membeli barang di kedainya,maka berkatalah al-Imam kepadanya,"Hendaklah engkau menjauhiku,mudah-mudahan ALLAH memberkati saya dan kamu".Berkata ayahnya,"Aku telah mendatangi guru al-Quran anakku supaya aku menasihatinya(supaya dia tidak terlalu sibuk dengan ilmu)",maka jawab gurunya dalam keadaan tersenyum,"Sesungguhnya dia(al-Imam An-Nawawi)diharapkan agar menjadi orang yang paling 'alim pada zamannya dan juga yang paling zuhud dan yang paling penting,ilmunya akan bermanfaat kepada umat Islam".Bekata bapanya,"Aku berkata kepada gurunya,adakah gurunya seorang penilik?Gurunya menjawab,tidak,bahkan ALLAH lah yg telah memberitahuku demikian".

Selepas al-Imam mengkhatamkan hafazan al-Quran,beliau telah bermusafir ke Damsyiq untuk menuntut ilmu.Berkata al-Imam an-Nawawi,"Apabila umurku mencecah 19thn,bapaku telah menghantarku ke Madrasah Ar-Rawahiyah,aku telah tinggal di situ selama 2thn tanpa meletakkan rusukku ke atas bumi(berbaring) dan aku tumpukan sepenuh perhatian  tentang apa saja yg berlaku di madrasah itu,telah aku hafal kitab at-Tanbih dalam tempoh 4bulan,kemudian aku hafal bahagian ibadat dalam kitab al-Muhazzab dalam tempoh 6bln,dia juga berkata,"Aku telah menetapkan untuk mensyarahkan serta mentashihkan Sheikh kami,al-Kamal Ishaq al-Maghribi,dan aku telah beriltizam dengannya,sehingga dia merasa ta'jub akan daku,apabila melihat kesungguhanku dan kesibukanku dalam menuntut ilmu serta kurangnya pergaulan ku dengan manusia,maka dia telah menyintaiku dengan kecintaan yang sangat dan menjadikanku sebagai orang yang menyediakan pelajaran dalam halaqahnya dalam kebanyakan jemaah".

Kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu juga telah menyebabkan beliau tidak pernah berkahwin sehingga kewafatannya.Hal ini seharusnya dijadikan iktibar bagi umat Islam khususnya pelajar-pelajar remaja zaman ini yang tidak tekun dalam menuntut ilmu.Ingatlah firman ALLAH s.w.t,"Dan ALLAH mengangkat orang beriman dan yang berilmu beberapa darjat".Ibn 'Abbas berkata,"ALLAH mengangkat sebanyak 500darjat bagi orang berilmu,yang jauh antara setiap darjat itu adalah sejauh langit dan bumi".

No comments:

Post a Comment