السلام عليكم

Assalamualaikum..
Welcome to SyedZainAbhar's page...
Please leave your comments
I will reply it as soon as possible

Total Pageviews

Friday, 17 June 2011

Bid'ah !!


5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. PENSYARIATAN TAWASSUL MENURUT IBNU TAIMIYYAH
    Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA NEGERI SEMBILAN
    Utusan Malaysia, 11 Januari 2011

    Syeikh Ibnu Taimiyyah adalah antara tokoh yang sering menjadi rujukan dan sandaran utama oleh kelompok yang mema...ndang serong terhadap tawassul dan beberapa isu lain seperti bida`ah hasanah dan fiqh bermazhab. Mungkin atas sebab itu, Al-Allamah Dr. Sayyid Muhammad ` bin Sayyid Alawi al-Maliki turut merujuk khusus kepada pandangan beliau dalam kitabnya “Mafahim” (Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan).

    Berkata Syeikh Ibnu Taimiyyah di dalam kitabnya Qa’idah Jalilah fi al Tawassul wa al Wasilah (H: 5) ketika membicarakan tentang firman Allah SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan carilah wasilah (jalan/perantara) untuk mendekatkan diri kepadaNya.” (Al-Maaidah: 35),

    “Mencari wasilah kepada Allah hanya berlaku bagi orang yang bertawassul kepada Allah dengan keimanan terhadap Nabi Muhammad SAW dan ikutan terhadap Sunnahnya. Bertawassul dengan keimanan dan ketaatan kepada Baginda SAW, merupakan kefardhuan bagi setiap individu dalam setiap keadaan; zahir dan batin, tidak kira sama ada ketika Rasulullah SAW masih hidup atau selepas kewafatannya, ketika kewujudannya atau ketiadaannya. Tidak jatuh kewajipan bertawassul dengan keimanan dan ketaatan kepada Baginda SAW daripada seseorang makhluk dalam apa jua keadaan sekali pun setelah tertegaknya hujjah. Bahkan, ia tidak akan gugur dengan apa pun jua alasan. Tidak ada jalan untuk menuju kepada kemuliaan dan rahmat Allah, serta terselamat daripada kehinaan dan siksaanNya, melainkan dengan bertawassul dengan keimanan dan ketaatan kepada Baginda SAW. Rasulullah SAW adalah pemberi syafa’at kepada makhluk, pemilik maqam yang terpuji yang amat dicemburui oleh manusia yang terdahulu dan terkemudian. Baginda SAW adalah pemberi syafa’at yang paling agung kedudukannya dan paling tinggi pangkatnya di sisi Allah.

    Allah telah berfirman tentang Musa AS: “Dan adalah dia seorang yang mempunyai kedudukan yang terhormat di sisi Allah.” (Al-Ahzaab: 69) Allah juga telah berfirman tentang al Masih AS: “Dia merupakan seorang yang terkemuka di dunia dan akhirat.” (Aali Imran: 45). Manakala Nabi Muhammad SAW merupakan nabi yang paling tinggi pangkat dan kedudukannya daripada nabi-nabi dan rasul-rasul yang lain, tetapi syafa’at dan doa Baginda SAW hanya dapat dimanfaatkan oleh orang yang disyafa’atkannya dan didoakannya. Maka sesiapa yang didoakan dan disyafa’atkan oleh Rasulullah SAW, barulah dia boleh bertawassul kepada Allah dengan syafa’at dan doa Baginda SAW tersebut, sebagaimana para Sahabat RA bertawassul kepada Allah dengan doa dan syafa’at Baginda SAW. Begitu juga sebagaimana manusia bertawassul kepada Allah pada hari Kiamat dengan doa dan syafa’at Baginda SAW.”

    ReplyDelete
  4. Dalam al Fatawa al Kubra (1/140), Syeikh Ibnu Taimiyyah ditanya: Adakah harus bertawassul dengan Nabi SAW ataupun tidak? Maka beliau menjawab: Alhamdulillah, adapun bertawassul dengan keimanan dengan Nabi SAW, kasih dan ketaatan kepada Baginda SAW, bacaan salawat dan salam ke atas Baginda SAW, doa-doa dan syafa’atnya dan sebagainya yang merupakan perbuatan Baginda SAW dan hamba-hamba Allah yang sememangnya diperintahkan menunaikan haknya, maka ia adalah disyariatkan dengan persepakatan kaum Muslimin.

    Saya (Sayyid Muhammad `Alawi) berkata: Berdasarkan pendapat Syeikh Ibnu Taimiyyah ini, dapat diambil dua faedah:

    1. Orang Islam yang mentaati, mengasihi, mengikut perintah dan membenarkan syafa’at Baginda SAW, disyariatkan supaya bertawassul kepada Baginda SAW dengan ketaatan dan kasihnya terhadap Baginda SAW serta kepercayaannya tentang adanya syafa’at tersebut.

    Sesungguhnya apabila kami bertawassul dengan Nabi SAW, maka Allah SWT menyaksikan bahawa kami bertawassul dengan keimanan dan kecintaan terhadap Baginda SAW, kelebihan dan kemuliaannya. Inilah maksud asal tawassul dan tidak tergambar langsung bagi seseorang yang bertawassul dengan Nabi SAW, tawassul dengan makna yang lain. Begitu juga, tidak mungkin kaum Muslimin yang bertawassul, bertawassul dengan cara yang lain, cuma orang yang bertawassul kadangkala menjelaskan makna tersebut secara terang-terangan dan kadangkala tidak kerana bersandarkan kepada maksud asal tawassul iaitu beriman dan mengasihi Nabi SAW, tidak dengan makna yang lain.

    2. Di antara faedah yang boleh diambil dari perkataan Syeikh Ibnu Taimiyyah, bahawa orang yang didoakan oleh Rasulullah SAW, sah bertawassul kepada Allah dengan doa Baginda SAW baginya. Sesungguhnya telah disebut dalam hadith, bahawa Rasulullah SAW mendoakan umatnya sebagaimana yang disebut di dalam banyak hadith. Di antaranya, hadith yang diriwayatkan daripada Aisyah RA berkata:

    “Tatkala aku melihat Nabi SAW dalam keadaan baik, aku berkata, “Wahai Rasulullah! Berdoalah kepada Allah untukku.” Maka Baginda SAW bersabda, “Ya Allah! Ampunilah ‘Aisyah dari dosanya yang terdahulu dan yang terkemudian, yang dilakukan secara sembunyi dan terang-terangan.” Mendengarnya, ‘Aisyah ketawa hingga kepalanya jatuh ke pangkuannya akibat terlalu gembira. Maka Rasulullah SAW bersabda, “Adakah doaku menggembirakanmu?” Maka jawabnya, “Kenapa tidak, doamu itu begitu menggembirakanku.” Sabda Baginda SAW, “Demi Allah! Sesungguhnya ia adalah doaku untuk umatku yang aku panjatkan dalam setiap solat.” (Hadith ini telah diriwayatkan oleh al Bazzar dan rijalnya (perawinya) adalah rijal yang sohih, melainkan Ahmad ibn Mansur al Ramadi merupakan seorang yang thiqah. (Demikian juga sebagaimana yang disebutkan di dalam Majma’ al Zawaid 9/243).

    ReplyDelete
  5. Oleh yang demikian, setiap Muslim sah bertawassul kepada Allah dengan cara sedemikian. Umpamanya, dengan menyatakan:
    “Ya Allah! Sesungguhnya NabiMu, Muhammad SAW telah berdoa untuk umatnya, dan aku termasuk salah seorang daripada umat ini. Maka aku bertawassul kepadaMu dengan doa ini supaya Engkau mengampunkan dosaku dan merahmatiku”, hingga akhir yang dikehendakinya. Apabila seseorang itu mengucapkan sedemikian, maka dia tidak keluar daripada cara bertawassul yang disepakati keharusannya oleh seluruh ulama’ kaum Muslimin.

    Sekiranya seseorang itu berkata: “Ya Allah! Sesungguhnya aku bertawassul kepadaMu dengan kemuliaan nabiMu, Muhammad SAW.” Maka dia telah bertawassul tidak secara terang-terangan terhadap apa yang diniatkannya dan dipahatkan di dalam hatinya yang merupakan maksud setiap Muslim. Namun, tujuannya tetap tidak terkeluar dari had ini kerana orang yang bertawassul dengan Nabi SAW tidak bermaksud sedemikian melainkan makna-makna tersebut bersangkut paut dengan keperibadian Baginda SAW yang berupa kecintaan, taqarrub Baginda SAW dengan Allah, pangkat, kedudukan, kelebihan, doa dan syafa’at Baginda SAW, terutamanya ketika Baginda SAW berada di alam barzakh.

    Di alam tersebut, Baginda SAW dapat mendengar ucapan salawat dan salam umatnya dan membalas ucapan tersebut sebagaimana yang didatangkan di dalam hadith daripada Nabi SAW: “Kehidupanku adalah baik bagi kamu; kamu berbicara dan dibicarakan bagi kamu. Kewafatanku juga adalah baik bagi kamu; amalan kamu diperlihatkan kepadaku. Maka apa yang aku lihat daripada kebaikan, aku memuji Allah ke atasnya. Apa yang aku lihat daripada kejahatan, maka aku beristighar (memohon keampunan) kepada Allah untuk kamu.” (al-Bazzar dan al Haithami di dalam Majma’ al Zawaid (9/24))

    Hadith ini menyatakan dengan jelas, bahawa Nabi Muhammad SAW memohon keampunan untuk umatnya di alam barzakh dan ucapan istighfar tersebut merupakan doa, dan umat Baginda SAW mendapat manfaat daripadanya maka bolehlah mereka bertawassul dengan dengan Baginda SAW.

    ReplyDelete