السلام عليكم

Assalamualaikum..
Welcome to SyedZainAbhar's page...
Please leave your comments
I will reply it as soon as possible

Total Pageviews

Tuesday, 29 May 2012

tentang zuhud..


Setelah lama ku tidak meng’update’ blog kerana disibukkan dengan pelbagai urusan,  bak kata ulama’, ilmu tanpa amal ibarat pohon tidak berbuah, setiap malam ku mengajar anak-anak warga pendidik serta sebilangan kakitangan yag tinggal di sini termasuk sepasang suami isteri yang turut meminta supaya diajarkan al-Quran kepada mereka agar dapat memperelok bacaan mereka.. pada waktu senggang, ku menghabiskan masa untuk membaca buku dan kitab agama sebagai makan bagi mindaku yang cepat benar haus akan ilmu.. antara bahan yang menjadi teman bilik tidurku adalah Pengembaraan Ibn Battutah terbitan MPH Bookstore.. tidak rugi mak ku membeli buku yang tebalnya hampir 1000m/s.. apa yang tertulis pada tajuk itu merupakan salah satu kisah yang termuat di dalam buku ini yang akan ku kongsikan bersama..

Dihikayatkan bahawa pada suatu hari, Adham berjalan di kebun-kebun kota Bukhara dan berwudhu’ di sungai yang merentasi kebun-kebun tersebut. Tiba-tiba ada sebiji epal yang hanyut dibawa oleh arus sungai. Adham pun berkata,”Buah ini tiada nilainya” Beliau pun memakannya. Kemudian timbul pula rasa was-was di hatinya dan beliau nekad untuk memohon agar tuan kebun menghalakannya. Adham pun mengetuk pintu pagar kebun dan seorang jariah keluar lalu beliau berkata kepadanya,”Tolong panggilkan tuan rumah”. Jariah itu menjawab,”Dia seorang wanita”. Adham menjawab,”Mohonkan keizinannya agar aku dapat berjumpa dengannya”. Jariah tersebut melakukan apa yang dipinta oleh Adham, lalu Adham memberitahu kepada wanita tersebut mengenai perihal epal tadi. Wanita tersebut berkata,”Sesungguhnya kebun ini separuh milikku dan separuh lagi milik sultan”. Pada waktu itu, sultan pula berada di Balkh(kota yang paling baik dan masyhur di Khurasan) iaitu dalam jarak sejauh perjalanan selama sepuluh hari dari Bukhara> wanita tersebut menghalalkan separuh epal yang dimakan itu dan kemudian Adham pergi ke Balkh. Dalam perjalanannya, Adham bertemu dengan sultan. Beliau pun menceritakan kisah epal itu kepada baginda dan meminta supaya dihalalkan. Walau bagaimanapun, sultan menitahkan Adham supaya menghadap baginda pada keesokan harinya.

Pada waktu itu, sultan mempunyai seorang puteri yang sangat cantik dan ramai putera raja lain telah melamarnya namun dia enggan menerimanya. Dia sangat mengasihi orang-orang yang soleh lagi wara’. Oleh itu, beliau hanya mahu berkahwin dengan seseorang yang wara’ lagi zuhud terhadap dunia ini. Apabila sultan tersebut tiba ke istananya, baginda memberitahu puterinya akan perihal Adham. Baginda berkata,”Beta tidak pernah melihat seseorang yang lebih wara’ daripadanya. Dia datang dari Bukhara ke Balkh semata-mata kerana sebiji epal”. Puterinya itu tertarik dengan Adham, dan meminta ayahandanya untuk mengahwinkannya dengan Adham. Lalu sultan tersebut memanggil Adham untuk menghadap baginda. Baginda bertitah,” Beta tidak akan halalkan epal tersebut selagi engkau tidak mengahwini puteriku”. Adham akur dengan permintaan sultan itu lalu berkahwin dengan puteri sultan.

Pada malam pertama, Adham tidak menyentuh pun isterinya, bahkan terus menerus melakukan qiyamullail sehingga subuh. Isterinya mengadu kepada sultan bahawa Adham langsung tidak menyentuhnya apatah lagi melakukan persetubuhan. Lantas sultan memanggil Adham dan memberitahu beliau bahawa baginda tidak akan menghalalkan epal itu sehinggalah Adham bersetubuh bersama isterinya. Oleh itu, pada malam berikutnya, Adham pun berjima’ dengan isterinya sebagai memenuhi permintaan sultan. Selepas berlakunya proses persenyawaan, Adham pun terus melakukan qiyamullail, sehinggalah pada sujud yang terakhir, Adham menangis teresak-esak sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Bagaimanapun, persetubuhannya pada malam itu berhasil mendapatkan zuriat yang soleh lagi wara’ serta dikenali para ulama’ dan orang-orang soleh; iaitu Ibrahim bin Adham..
p/s; letakkan dunia di tangan dan akhirat itu di kepala, apabila bercanggah antara keduanya, selamatkanlah akhirat itu... J