السلام عليكم

Assalamualaikum..
Welcome to SyedZainAbhar's page...
Please leave your comments
I will reply it as soon as possible

Total Pageviews

Saturday, 25 June 2011

Hakikat Ikhlas

Firman ALLAH s.w.t:" Dan mereka itu tidak diperintah melainkan untuk menyembah ALLAH dengan penuh keikhlasan dan lurus(mengikut Syariat)"[Al-Bayyinah: 5], dan firmanNya:"Tidak sesekali daging itu sampai kepada ALLAH dan tidak juga darahnya,tetapi yang sampai kepadaNya adalah ketakwaan daripada kamu"[Al-Hajj: 37] Takwa di sini ditafsirkan oleh Ibn Abbas sebagai niat.

Daripada ayat di atas,jelaslah bagi kita sebagai umat Islam tentang kepentingan niat dalam beribadah. Ia juga merupakan syarat penerimaan sesuatu ibadah, di samping ibadah yang dilakukan itu mesti mengikut syariat.

Penekanan tentang niat yang ikhlas ni bukan sahaja banyak dalam al-Quran, bahkan ditegaskan lagi oleh Rasulullah s.a.w tatkala antara fungsi hadis adalah untuk menegaskan al-Quran.Sabda Nabi s.a.w dalam sebuah hadis yang cukup masyhur: "Sesungguhnya setiap amal itu beserta dengan niat,dan bagi setiap orang itu apa yang diniatkan, maka sesiapa yang berhijrah kerana ALLAH dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada ALLAH dan RasulNya, dan sesiapa yang berhijrah kerana dunia agar dia dapat dunia itu atau kerana wanita yang diharapkan dapat berkahwin dengannya,maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dihijrahkan kepadanya"[Muttafaq 'alaih]
Hadis ini telah pun menjadi besar kedudukannya dalam agama dan merupakan salah satu hadis yang tertegak padanya asas ISLAM sehingga golongan salafussoleh dan pengikut mereka yang terdiri daripada golongan khalaf, suka untuk memulakan karya-karya mereka dengan menggunakan hadis ini, sebagai satu peringatan untuk membetulkan niat mereka dan para pembaca.

Diriwayatkan daripada al-Imam Abu Sa'id Abdurrahman bin Mahdi: "Sesiapa yang ingin memulakan karyanya, hendaklah dia memulakannya dengan hadis ini". Mereka memang suka untuk meletakkan hadis ini di awal karya mereka kerana besarnya manfaat sesuatu perkara itu apabila dilakukan dengan niat yang betul kerana mengharap redha ilahi.Ibn 'Abbas berkata, seseorang itu dijaga berdasarkan kadar niatnya.

Persoalannya,apakah hakikat ikhlas itu?? Maka di sini saya turut nukilkan kata-kata 'ulama dan hamba-hamba ALLAH yang sangat 'arif tentangNya. Diriwayatkan daripada al-Fudhail bin 'Iyadh: "Meninggalkan sesuatu amalan kerana manusia adalah riya', melakukan amalan kerana manusia pula adalah syirik dan ikhlas itu adalah apabila ALLAH menyelamatkan engkau daripada keduanya". Berkata al-Imam al-Harith al-Muhasibiy: "Orang yang benar-benar ikhlas itu adalah orang yang tidak takut dikutuk agar hatinya itu bertambah baik, tidak suka manusia mengetahui amalan baiknya walaupun sebenar zarrah dan tidak pula benci apabila manusia mengetahui amalnya yang buruk". Daripada Huzaifah al-Mar'asyi: "Ikhlas itu adalah apabila sama perbuatan hamba itu sama ada zahir ataupun batin".


Al-Imam Abu Qasim al-Qusyairi berkata: "Ikhlas itu adalah mengkhaskan hak ALLAH untuk ditaati dari segi niat, iaitu dia mengharapkan dari ketaatannya itu hanyalah untuk merapatkan dirinya kepada ALLAH tanpa sesuatu yang lain. Tidak mengharapkan keredhaan makhluk,atau tempat yang mulia di sisi manusia, atau kerana sukakan pujian makhluk dan segala kehendak-kehendak lain selain daripada mendekatkan diri kepada ALLAH". Dinukilkan daripada Sahl bin Abdullah At-Tustari: "Terdapat rimbunan tafsiran ikhlas, maka tidak didapati selain ini;(ikhlas itu)apabila gerakannya dan senyapnya pada sendirian atau terang-terangan hanya kerana ALLAH, yang tidak dicampuri padanya  niat kerana seorang manusia pun mahupun nafsu dan tidak juga kerana dunia".


Ketika menyentuh soal ikhlas ini, Abu Ali ad-Daqqoq berkata: "Ikhlas: menjaga daripada pemerhatian manusia. Benar: menjaga dari mentaati nafsu,maka orang yang ikhlas itu tidak riya' dan orang yang benar itu tidak membangga diri". Daripada Zun Nun al-Misri: "3 tanda keikhlasan: 1.Apabila sama sahaja baginya pujian dan kejian manusia, 2.Tidak melihat amalannya itu sebagai satu amalan(tidak berkira-kira) dan 3.Mengharapkan ganjaran pahala di akhirat.


Perbahasan tentang ikhlas ini adalah sesuatu yang sangat panjang dan luas serta mencakupi segenap aspek kehidupan. Apabila kita mendalami falsafah ikhlas ini, kita akan mendapati sebenarnya dunia dan akhirat itu adalah dua perkara yang tidak mungkin terpisah. Tatkala semua perbuatan kita akan ditimbang atas neraca ALLAH yang maha 'adil dan teliti hisabNya. Oleh itu, tiada istilah pemisahan dunia dengan akhirat dalam ISLAM. Bahkan amal perbuatan kita yang dikatakan duniawi juga sebenarnya dapat disambungkan dengan akhirat menggunakan niat yang ikhlas dan soleh.

و قل ربّ زدني علما
-والله أعلم-



Friday, 24 June 2011

Ade Apa Dengan Air Mata?


Ya Allah
hati ini rasa ingin menjerit
dan menangis sekuat hati
sangat hiba
mengenangkn dosa-dosa yang lalu

Sedih yang teramat
tak tahu kenapa
merasakan kabahagiaan yang belum kunjung tiba..

Ya Allah
tabahkanlah aku di sini
kadang-kadang aku rasa keseorangan

kenapaaaa????
batinku menjerit sekuat hati
apabila dilanda masalah
tiada siapa tahu melainkan Engkau

walaupun aku gelak
walaupun ada kalanya berlawak
hati ini tetap sedih
tiada siapa pun tahu

Ya Allah
aku bersyukur
aku masih ada diriMu
dan aku masih lagi merasai cintaMu
TERIMA KASIH ALLAH :')





KELEBIHAN DAN MANFAAT AIR MATA
http://kajianmuslimah.wordpress.com/2008/03/24/air-mata-dan-manfaatnya/



KELEBIHAN AIR MATA

1. Membantu penglihatan

Air mata boleh membantu penglihatan seseorang. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuatkan penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tidak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang ada dari dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis dapat menurunkan tekanan kerana dengan menangis, mood seseorang akan meningkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis karena emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna untuk tubuh.

4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis kerana emosional mengandungi racun. Tapi jangan tersalah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.

5. Mengurangkan stress

Bagaimana menangis dapat mengurangkan stress? Air mata dapat mengeluarkan hormon stress yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membina ukhwah

Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang berukhwah. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan kawan-kawan atau seseorang yang dapat membantu, ini akan meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.

7. Melegakan perasaan

Semua orang rasanya merasa demikian. Meskipun Anda dihujani dengan berbagai macam masalah, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan itu membuatkan seseorang merasa lebih baik dan lega.

bakal imam muda kecil

bertunang semasa belajar


Cincin pertunangan 




Keluarga Bahagia'. Berpeluh juga kalau fikir-fikirkan.
Kita semua akur dengan selera dan kehendak naluri insan terhadap pasangan idaman. Kita sedari bahawa sifat pasangan yang dianjuran Islam merupakan satu bentuk 'ilmu dalam pencarian' yang lazim diketahui umum. Bahkan lelaki yang jahat sekalipun biasanya berharap untuk mendapatkan isteri yang solehah. Namun hakikatnya pertimbangan akhlak mulia yang disarankan agama biasanya tewas apabila ukuran fizikal telah mengelabui mata. Lelaki kebiasaannya akan memilih wanita yang cantik walaupun lidahnya menuturkan keinginan mendapatkan isteri yang solehah. Solehah seorang wanita sering kali tewas bila wajah tidak semanis budi. Itu hakikatnya nafsu lelaki.
Walau apapun, tergerak juga rasa hati anda sudah sampai untuk melabuhkan tirai bujang, sebetulnya anda berhak perolehi satu pujian selepas melihat kondisi dan beberapa faktor yang memungkin anda berbuat sedemikian. Tahniah! Nabi bersabda; "Apabila datang kepadamu seorang lelaki, datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya. Maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi" ,(Hadith Riwayat Termidzi dan Ahmad) .


Definisi Pertunangan daripada Kaca Mata Islam
Ikatan sementara sebelum berlangsungnya sebuah akad nikah ini, sering kali disalah anggap oleh khalayak orang ramai khususnya muda-mudi. Seolah-olah simpulan ini menjadi 'lesen besar' untuk melakukan maksiat, dengan alasan 'kami sudah bertunang'. Justeru, sangat perlu kepada semua pasangan yang ingin atau sudah bertunang mengetahui hak dan batas-batas sempadan syariat sebelum sebuah ikatan yang hak, benar-benar terpatri. Islam telah mensyariatkan pertunangan sebagai langkah dan wasilah sebelum melangsungkan perkahwinan. Pertunangan banyak memberi faedah dan membantu dalam menjamin keutuhan rumahtangga yang bakal dibina. Namun roh sebenar sebuah ikatan ini merupakan subjektif yang memerlukan kefahaman yang jitu, dan harus dijaga agar kesuciannya tidak dinodai.
Pertunangan ialah satu langkah bagi seorang lelaki menyampaikan keinginannya untuk mengahwini seseorang perempuan yang disukainya samada langsung kepada perempuan tersebut atau kepada walinya. Ianya boleh dilakukan secara langsung oleh lelaki yang hendak berkahwin atau melalui wakilnya. Sekiranya hasrat hati lelaki itu diterima oleh perempuan berkenaan maka mereka menjadi pasangan tunang. Bermula dengan penerimaan wanita yang berkenaan sehinggalah masa Ijab dan Qabul, inilah yang dinamakan sebagai tempoh pertunangan.
Sebelum lelaki meminang seseorang perempuan, penting untuk dia merisik dan menyelidik latar belakang perempuan yang ingin dipinangnya terlebih dahulu serta yakin dengan pilihannya setelah melakukan Istikharah dan sebagainya. Yakin dengan pilihan pasangan ini sangat penting untuk mengelakkan pinangan yang dibuat ditarik balik. Ini kerana tindakan seperti ini akan menyakiti hati wanita, melukai perasaannya dan menjatuhkan kehormatannya. Tindakan seperti ini tidak dibenarkan oleh agama dan bertentangan dengan nilai murni dalam masyarakat Islam.
Namun jika sepanjang tempoh pertunangan tersebut bertaut, mungkin kekurangan yang dirasakan oleh pihak lelaki, maklumlah pertunangan ini juga boleh dianggap fasa untuk berkenalan dengan lebih dekat bakal pasangan sebelum betul-betul matang dan masak untuk mendirikan masjid. Bukan menolak pinangan, maksud penulis memutuskan talian pertunangan, iaitu ketika sedang bertunang. Jika berlaku juga, maka hendaklah di pihak lelaki menyembunyikan kekurangan atau kelemahan bekas tunangnya itu, bagi mengelakkan rasa aib pada diri dan ahli keluarganya.
Bagi pasangan yang bertunang mereka juga perlu menjaga batas dan larangan sepanjang bertunang kerana mereka masih lagi bukan mahram cuma ada ikatan dan janji mahu hidup bersama. Kononnya, kata orang-orang dulu 'Mahu hidup semati'. Mungkin sudah ada dalam senyap-senyap, dikalangan para pembaca yang merancang untuk melangsungkan pertunangan. 'Mata air' di tanah air, diri pula di perantauan. Rasa macam tak boleh tahan, bimbang 'si dia' dikebas lelaki lain. Tidak pasal-pasal mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur pula asyik mimpi 'si dia' sahaja, dan baca pun tak masuk. Rasa marah kadang-kadang pun ada. Sudah nasib badan.
"Boleh ke ustaz, bertunang masa belajar?". "Nanti bila dah bertunang, lepas tu masing-masing ada komitmen dengan pengajian masing-masing sehingga berlanjutan sampai bertahun-tahun. Lama tu, kan makruh!" Kalau nak mudah jawab, boleh sahaja penulis katakan;
"Tu...! Tengok je orang kahwin ketika masih belajar, tidak ada apa-apa pun. Inikan pula bertunang. Bertunanglah, kalau nak sangat". "Itukan sunnah juga. Kenapa nak takut sangat".
Mungkin anda pun boleh meneka juga jawapan seperti di atas, sudah maklum katakan. Tapi mungkin juga ada betulnya, dari sisi yang lain akan timbul kesan-kesan yang tidak baik. Namun penulis menganggap ianya salah satu bentuk ujian, kenalah tabah dan sabar hadapinya. Penulis rasa tidak ada masalah, jika tempoh masa pertunangan tersebut lama. Lama dalam erti kata lain, kerana terkesan sibuk dengan tugasan, seperti pengajian dan sebagainya. Sebagai contoh, Kalau bertunang dua tahun, sorang sibuk kerja dengan pelbagai aktiviti, manakala sorang lagi sibuk dengan pengajian di bidang perubatan umpamanya.
Rasanya dua tahun tu sekejap sahaja, terutama untuk pihak lelaki yang bertanggungjawab untuk bersedia. Tapi kalau bertunang sampai enam bulan, kerja satu pejabat, duduk ditempat semacam cubicle mengadap antara satu dan lain. Hari-hari pula tu jumpa sehingga kenal 'lobang' dan bulu hidung, manakala rambut pula tak disikat pun boleh perasan enam bulan tu panjang dan lagi berisiko. Menolak tafsiran tekstual dan robotik. Namun di sana, anda kenalah sahut cabarannya juga. Kenapa? Bagi penulis, ramai yang mengatakan mereka cuba menjaga tetapi terperangkap dalam masalah hati, iaitu zina hati yang 'Islamik Romantik'. Berbaur Islam, tetapi membawa kepada masalah penyakit hati yang parah dan kronik. Pandai-pandai jaga.
Matlamat Utama Jadi Sandaran
Konsep pertunangan yang semakin terasing dari kehidupan masyarakat kita sekarang. Pada penulis, kawalan diri kita tu paling utama. Kuat atau seseorang itu bergantung kepada keimanannya. Di sinilah, Iman ditugaskan menjadi sebagai remote control bagi perlakuan kita. Jadilah remote control yang efektif. Pandai-pandai kawal, bukan dengan nafsu tapi Iman. Sebaiknya kita tetapkan hati, pendirian dan bersederhana. InsayaAllah, kalau kedua-dua pihak memahami tujuan sebenar perkahwinan, mengikut saluran yang sebenarnya, mengambil jalan sederhana dan wara' dalam menjaga batasan, insyaAllah semuanya baik dan tenang sahaja. Menyerahkan urusan kepada kedua ibu bapa juga membantu melancarkan proses secara all rounder.
Mungkin bagi sesetengah indivudu, banyak cabaran semasa bertunang, setengah yang lain biasa-biasa sahaja. Semuanya sesuai dengan apa yang Allah Taala berikan. Apa yang baik disyukuri, dan yang kurang diredhai. Baru betul! Berhubung antara pasangan tunang perlu juga diperhatikan, melainkan keperluan tentang perancangan yang penting. Sebaiknya dielakkan telefon kecuali bagi yang benar-benar mantap dan boleh menjaga hati serta tiada jalan lain untuk berbincang hingga ke rumah, itupun dengan parents atau orang tengah. Juga fokuskan kepada perancangan perkahwinan dan self-improvement.
Sebab ramai yang asyik dan mabuk di alam pertunangan, namun terlupa nak mempersiapkan diri untuk alam rumahtangga yang lebih penting lagi. Usah difikirkan banyak tentang hal ini, nanti lain pula jadinya. Jangan dilayan perasaan semasa bertunang. Fokuskan kepada kehidupan yang sedang dijalani dan diperjudikan sekarang. Berhubung dengan minimakan seminimanya. InsyaAllah, tiada resah gulana, dan tiada masalah. Bertunang adalah satu wasilah. Cinta bukan segala-galanya. Namun segalanya yang dimulai dengan niat yang ikhlas, cara yang betul dan barakah akan menimbulkan dan memutikkan cinta yang sewajarnya selepas perkahwinan.
Kita kena dan perlu ingat! Naluri seorang ibu sungguh bernilai bagi seorang anak. Cuba jentik hati anda. Adakah kita maksum dari segala dosa noda? Sekarang ini kita berjauhan dari kedua orang tua kerana seberkas ilmu. Pengorbanan perlu dilakukan demi kebahagian masa hadapan diri dan mereka. Layakkah kita mencari dan bertemu jodoh yang dapat dibimbing dan membimbing? Tapi memang itu harapan anda, kita semua. Selain mendapat pasangan yang mampu dibimbing dan membimbing kita, restu ibu bapa amatlah penting dalam membina masjid. Tidak perlulah kita membelakangi mereka hanya kerana cinta. Cinta yang entah 'suci dalam debu' atau 'suci dalam asap'. Kenanglah pengorbanan mereka yang tidak terbalas walaupun segunung emas menjadi taruhan. Bukan lirik lagu semata-mata, tapi sebuah harapan.
Berhubungan semasa di alam pertunangan bukan tiket bagi kita untuk bergerak bebas dengan tunang. Ingat! Sekarang orang yang ber'couple' pun sudah berlagak seperti suami isteri dan lupa dunia. Tanyakan diri anda (kita), kemanakah kewarasan kita dalam membuat pertimbangan? semoga Allah Taala masih memberi kita ruang waktu untuk bertaubat di hamparan keheningan malam dengan penuh kehinaan. Pohonlah keampunan dari-NYA.
Allah Taala berfirman; 
"Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."  Surah al-Baqarah (2:186)

 TUJUAN PERTUNANGAN
Di antara tujuan pertunangan ialah :
1.   Persetujuan    mengikut janji untuk perkahwinan.
2. Untuk menghebahkan kepada masyarakat sekeliling.
3. Supaya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara keluarga kedua belah pihak.
4. Hendak melahirkan sikap jimat cermat dan membentuk ciri-ciri kejujuran serta keyakinan diri.
5. Untuk menentukan kadar mahar (mas kahwin) dan lain-lain pemberian.
6. Untuk  menentukan tarikh,  tempat dan hari perkahwinan yang dipersetujui.
7. Persediaan mempelajari hukum perkahwinan sebelum mendirikan rumahtangga.
Sayugia bahawa perempuan yang paling baik menjadi bakal isteri  yang disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya, maksudnya:
Sebaik-baik perempuan (isteri) apabila kamu menatapinya menyeronokkan hati kamu(suami), apabila disuruh oleh kamu dia mentaati suruhan dan apabila kamu tiada dia sentiasa menjaga dirinya dan harta kamu”.


 CARA MEMINANG
Wajar juga wanita yang bijak mengatur rumahtangga, berjimat cermat, rajin dan pandai  menyimpan, tambahan pula dapat melapangkan dada suami, semua ini diambil kira di dalam memilih jodoh.
1. Memulai  majlis meminang dengan  bertahmid.
2. Sendiri atau melalui orang lain, jika ada waris keluarga lebih baik  supaya mereka yang bertandang untuk meminang.
3. Pemberian sebagai adat tanda jadi ikatan pertunangan boleh  diterima asal tidak bercanggah dengan prinsip Islam.
4. Bersetuju menerima pinangan di antara kedua belah pihak dengan janji tertentu dan tidak memakan  masa yang lama.
5. Wakil yang  adil menyampaikan hajat pinang mengikut adat kelaziman negara itu sama ada melalui sareh atau kinayah.
6. Segala persetujuan hendaklah disaksikan atau ditulis.
Walaupun  setelah pertunangan antara pihak lelaki dan pihak perempuan dimeteraikan melalui istiadat perminangan oleh kedua belah pihak keluarga, akan tetapi perhubungan di antara mereka tetap dianggap seperti hubungan ajnabi dengan ajnabiah yang lain.
Maka sewajarnyalah sama-sama menjaga suasana perhubungan  itu dengan baik agar tidak  bertentangan dengan ajaran-ajaran Islam yang maha suci.

Sejenak bersama Al-Imam An-Nawawi:Pedoman n Iktibar

Beliau adalah seorang imam yang al-hafiz(hafaz tak kurang daripada 100,000 hadis).Nama penuhnya,Yahya bin Syaraf bin Mari bin Hasan bin Husain bin Muhammad bin Jumu'ah bin Jaram An-Nawawi.Dilahirkan pada awal bulan Muharram tahun 631H di Nawa,Damsyiq.

Al-Imam adalah role model bagi penuntut ilmu yg telah menimba ilmu bermula pada usia yang muda.Kanak-kanak yg seumur dgnnya tidak suka untuk bermain bersamanya.Beliau berpaling daripada mereka kerana ke'gila'annya dalam penghafalan al-Quran dan pelajaran.

Ibu bapanya menyuruh al-Imam untuk menjaga kedai di pasar,tetapi beliau sangat menyibukkan diri dengan ilmu dan tidak mengambil berat tentang perniagaan.Kadang-kadang apabila datang kepadanya orang yang berminat untuk membeli barang di kedainya,maka berkatalah al-Imam kepadanya,"Hendaklah engkau menjauhiku,mudah-mudahan ALLAH memberkati saya dan kamu".Berkata ayahnya,"Aku telah mendatangi guru al-Quran anakku supaya aku menasihatinya(supaya dia tidak terlalu sibuk dengan ilmu)",maka jawab gurunya dalam keadaan tersenyum,"Sesungguhnya dia(al-Imam An-Nawawi)diharapkan agar menjadi orang yang paling 'alim pada zamannya dan juga yang paling zuhud dan yang paling penting,ilmunya akan bermanfaat kepada umat Islam".Bekata bapanya,"Aku berkata kepada gurunya,adakah gurunya seorang penilik?Gurunya menjawab,tidak,bahkan ALLAH lah yg telah memberitahuku demikian".

Selepas al-Imam mengkhatamkan hafazan al-Quran,beliau telah bermusafir ke Damsyiq untuk menuntut ilmu.Berkata al-Imam an-Nawawi,"Apabila umurku mencecah 19thn,bapaku telah menghantarku ke Madrasah Ar-Rawahiyah,aku telah tinggal di situ selama 2thn tanpa meletakkan rusukku ke atas bumi(berbaring) dan aku tumpukan sepenuh perhatian  tentang apa saja yg berlaku di madrasah itu,telah aku hafal kitab at-Tanbih dalam tempoh 4bulan,kemudian aku hafal bahagian ibadat dalam kitab al-Muhazzab dalam tempoh 6bln,dia juga berkata,"Aku telah menetapkan untuk mensyarahkan serta mentashihkan Sheikh kami,al-Kamal Ishaq al-Maghribi,dan aku telah beriltizam dengannya,sehingga dia merasa ta'jub akan daku,apabila melihat kesungguhanku dan kesibukanku dalam menuntut ilmu serta kurangnya pergaulan ku dengan manusia,maka dia telah menyintaiku dengan kecintaan yang sangat dan menjadikanku sebagai orang yang menyediakan pelajaran dalam halaqahnya dalam kebanyakan jemaah".

Kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu juga telah menyebabkan beliau tidak pernah berkahwin sehingga kewafatannya.Hal ini seharusnya dijadikan iktibar bagi umat Islam khususnya pelajar-pelajar remaja zaman ini yang tidak tekun dalam menuntut ilmu.Ingatlah firman ALLAH s.w.t,"Dan ALLAH mengangkat orang beriman dan yang berilmu beberapa darjat".Ibn 'Abbas berkata,"ALLAH mengangkat sebanyak 500darjat bagi orang berilmu,yang jauh antara setiap darjat itu adalah sejauh langit dan bumi".

Saturday, 18 June 2011

BLOG MADRE AMOR: Wujudkah Osama Bin Laden?

BLOG MADRE AMOR: Wujudkah Osama Bin Laden?: "(sumber) Siapa dari kita yang dapat memastikan Osama itu wujud? Osama itu hidup ? Dan osama itu mati ? Satu persoalan.. jika selama ini set..."